This post is going to be in Malay. If you want to read it in English, please go directly to the original source where I get it from: StewardJohn – Malay Priest from Singapore? Totally Fake!
Note: This post is in sticky mode for this week. For more updated post, scroll down or check the sidebar for the last 12 posts. Update 4 Sept: Sticky mode removed.
Ahah, tiba-tiba pagi ini dapat tahu kisah sebenar pasal Paderi Melayu yang telah diwar-warkan dengan hebat dan jayanya di Facebook. Bukan setakat di Facebook, blogger pun ramai yang post. Aku siap dapat emel yang diforward lagi. Maka sudah pastilah kena menulis dalam bahasa Melayu pasal kalau tak nanti ada je orang-orang Melayu yang tak faham kalau aku guna bahasa penjajah dengan jayanya. Miahaha! ![]()
Nah, ini adalah gambar yang telah digembar-gemburkan sebagai “Paderi Melayu” yang sampai di Singapura, konon-kononnya sedang giat berusaha untuk memurtadkan Melayu di Singapura dan Malaysia. Terus semua Meleis tanpa berfikir panjang menekan butang “Share” di Facebook. Ada yang tekan butang “Like” tak? ![]()
Kebenaran sebenarnya (the truth is.. OMG it sounds so different when translated), ini adalah gambar dua paderi dari Sabah dan Indonesia yang berbangsa Cina dan Kadazan. BUKAN MELAYU.
Quote dari sumber asal berita ini adalah:
“The 2 priests in the picture is Rev. Fr. Paulus Toni Tantiono OFM Capuchin from Pontianak, Kalimantan and currently teaching Bible Study in Seminari Tinggi Permatang Siantar Sumatera Utara, Indonesia and the other priest standing at his back is Rev. Fr. Nicholas Stephen from Penampang, Sabah and currently serving at St. John’s parish Tuaran, Sabah. Fr. Paulus is a Chinese descendent while Fr. Nicholas Stephen is a Kadazan descendant.“
Hah! Mana datang Melayu nya? Nama pun dah sah-sah bukan Melayu. Mana datang Razman Zakri tu? Korang ni memanglah. Tengok orang tu hensem-hensem Melayu sikit (macam..err..oklah macam Munir. Aku tak hensem comel je muahaha!
) pakai jubah paderi, terus korang Melayukan ek? Itu memang Cina dan Kadazan lor! Ho liau!
Aku bukanlah nak cakap yang aku ni menyokong paderi memurtadkan Islam ke hape, tapi sebelum percaya bulat-bulat benda dari Internet ni, lain kali research dulu! Selidik betul-betul! Ini tak. Suka-suki korang je buat fitnah sana sini. Niat nak menambah pahala konon-kononnya di bulan puasa, turns out jadi dosa je korang. Paling-paling kurang jadi dosa menipu.
Kita selalu marah bila dengar rakyat US yang menyamakan orang-orang Muslim sebagai pengganas atau terrorist. Agak – agak korang apa yang orang Kadazan atau orang Cina tu rasa bila mereka di”melayu”kan sebegini rupa? Dahlah tiba-tiba jadi Melayu, lepas tu digambarkan sebagai seorang pendakwah yang menggunakan sihir pulak tu? Fuhh siap diequip dengan Holy Water (+10 defense, +10 attack power) tuuu!!!
Memang nice combination laa untuk menakutkan orang Melayu ni: paderi + air Holy Water + gambar + cruel intention to destroy our creed. How dense and how stupid can we be to believe Internet rumours? WTF? *sigh*
Konklusinya, bukan sebab paderi atau holy water yang menyebabkan seseorang Melayu boleh murtad. Kekurangan iman dan ilmulah yang membuatkan sesiapa pun boleh terpesong dari landasan sebenar. Percaya bulat-bulat, silap-silap beri fakta yang salah, boleh membawa kepada peperangan dan berbunuhan. Hah, bila dah berbunuhan tu, nak salahkan siapa? Bulan Ramadhan bukan ke syaitan dah kena ikat?
P/s: Jerry, just remember; it’s not a lie if you believe it – George Costanza, Seinfield (1990).




