Posts Tagged ‘malaysia’

Utusan Menipu: Sudahlah Menipu, Tak Mahu Mengaku!

October 10th, 2010

Untuk berita penuh, sila klik di sini.

Ramadhan yang lepas menyaksikan bagaimana kita bergelak ketawa melihat kebodohan Utusan dalam menyiarkan gambar perantauan yang kononnya dari Toronto tapi sebenarnya dari Tronoh, Perak – di Universiti Teknologi PETRONAS. Aku sebagai bekas pelajar UTP amat berbangga dengan kekreatifan junior-junior yang telah mendedahkan kelemahan paling ketara dalam percetakan arus perdana kita sekarang.

Namun sebagai menutup malu dan tidak mahu mengaku kelemahan sendiri, Utusan membidas mengatakan ianya sebagai suatu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar universiti. Betapa kemaluan mereka terdedah dan betapa mereka terdesak untuk mengembalikan kredibiliti mereka sebagai media cetak yang terunggul di Malaysia, Cik/Puan Noraini Razak menulis tentang moraliti dan bagaimana rasa kepercayaan mereka kononnya “dikhianati”.

Sudah pastinya rencana ini mengundang gelak berguling-guling daripada kami golongan muda. Kenapa? Kerana mereka tidak langsung mengambil pelajaran di sebalik kejadian ini. LANGSUNG TIADA! Apa yang dipelajari hanyalah “hei, mari kita salahkan mereka kembali kerana telah memburukkan kredibiliti kita. Bontot kita amat sakit maka kita mesti salahkan dan sakitkan bontot mereka kembali“.

Aduh!

Apakah perlu dieja satu-persatu untuk mereka? Nah!

Jika gambar untuk Salam Perantauan pun sudah tidak boleh dipercayai lagi, bolehkah kita mempercayai berita-berita yang dipaparkan oleh Utusan? Pasti berita-berita yang ada di dalamnya pun semua BERITA TIPU!

Cik/Puan Noraini dan Utusan, sepatutnya kamu mengeluarkan artikel meminta maaf kepada pembaca kerana gambar Salam Perantauan yang tidak betul telah dikeluarkan. Bukannya membidas dengan berkata tentang moraliti. Itu hanyalah mendedahkan kelemahan anda sendiri dalam menerbitkan bahan-bahan tanpa disemak sumbernya dahulu!

Dan kamu hanya membuat alasan kononnya Utusan menerima terlalu banyak emel/surat dan atas rasa percaya bahawa kononnya “ruangan tradisi” ini adalah ruangan paling suci dan “kami yakin betapa ianya tidak mungkin” disalahgunakan?

Ingatlah, semua perkara adalah MUNGKIN untuk dilakukan!

Sepatutnya jari ditudingkan kembali kepada Utusan dan Cik/Puan Noraini Razak kerana beliau membuat kerja sambil lewa, tidak menyemak sumber, membuat alasan kononnya kami terlalu sibuk memilih gambar yang terlalu banyak, dan hanya tahu menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri.

Sepatutnya berhentikan sahaja Cik/Puan Noraini Razak kerana beliaulah sebab Utusan tidak membangun!

Iyalah kan, apalah yang susahnya tulis untuk Utusan, kutuk sana, kutuk sini, salahkan orang lain belah sana dan sini, dah siap satu artikel sampah, publish je lah dalam suratkhabar sampah!!

Takpun, ambil gambar sana sini, orang hantar gambar penuh bunga kat background pun kita amek je terus, publish je, bukan ada orang yang nak tipu kita! Kita kan media arus perdana!

Kepala hotak kamu!

Sesungguhnya Utusan Malaysia sudah tidak lagi relevan di pasaran. Berita yang dipaparkan langsung tidak menanam atau memupuk nilai-nilai murni. Selalunya hal yang diketengahkan ke muka hadapan hanyalah berita seks, kemalangan, berita artis berkahwin atau bercerai, dan hal politik di mana ahli politik bergaduh seperti budak kecil berebut mainan. Ianya tidak langsung membina keperibadian atau kemantapan mental.

Secara peribadinya, jika aku membaca Utusan Malaysia (hanya kerana ibu bapa aku masih lagi membelinya), aku akan buang awal-awal berita di hadapan dan juga Pancaindera. Berita kesihatan adalah yang pertama dibaca kerana itulah sedikit nilai yang tinggal di Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia.

Itu sahaja!

Dan kamu tertanya-tanya kenapa golongan muda kini tidak berminat untuk membaca suratkhabar? Kenapa jualan kamu merudum? Nak buat apa baca kalau isinya sampah!

Cuba bandingkan penerbitan kamu dengan penerbitan The Star. Isi kandungan The Star lebih tebal. Banyak artikel – artikel tentang kerjaya, pembangunan mental, kesihatan, dan pembelajaran untuk kanak-kanak. Bandingkan nilai yang diberikan oleh The Star. Kamu tu yang masih di takuk pemikiran lama!

Inilah masanya untuk Utusan menoleh ke arah cermin melihat keadaan mereka sendiri sekarang. Bukan menoleh ke belakang mencari kesalahan. Bukan memandang jauh ke hadapan dan membiarkan kesalahan sekarang tidak dibetulkan. Jika Utusan sendiri tiada nilai untuk diterapkan kepada masyarakat atau golongan remaja, maka Utusan tidak perlu mencari jauh tentang apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan untuk membangunkan negara.

Isu menyalahkan pihak lain dalam usaha menutup kelemahan diri sendiri tidak boleh dipandang remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang meluat membaca artikel Utusan yang tidak belajar dari kesilapan sendiri. Teknologi bukan hanya untuk menipu dan suka-suka, tetapi teknologilah yang sepatutnya membantu pembangunan sahsiah seseorang untuk menjadi lebih kental dalam menghadapi maklumat – maklumat dan idea yang dilontarkan. Kekreatifan tidak sepatutnya disekat – kerana jika disekat, tidak wujudlah pembangunan.

P/s: Gambar Salam Perantauan je pun! Itu pun nak butthurt! Why so serious!

P/p/s: Obe, you should write in Malay like this barulah those Utusan people understand! HAHAHAHA! laughing

Note: Media is no longer in power because of their distortion. People actually have their power. Unfortunately, people never realize their own strong will. That’s why those media is so distorted – Anonymous.

Article from Great Grand-daughter of Tunku Abdul Rahman

September 1st, 2010

I stumbled upon this article being posted in Facebook that allegedly says that it’s written by the great grand-daughter of Tunku Abdul Rahman. Not sure how genuine it is (remember, never trusts anything being posted in the Internet 100% – rule #1 of lurking in the Internet), but at least it is soothing and very good words that promotes unity. Something worth reading for the National Independence Day. happy

In b4: Pic being posted in the article. Cute. For original link, see here.

************************************************************************************************************

By The Tunku’s Great Granddaughter:
Sharyn Lisa Shufiyan, 24, Conservationist

Both my parents are Malay. My mum’s heritage includes Chinese, Thai and Arab, while my dad is Minangkabau. Due to my skin colour, I am often mistaken for a Chinese. I’m happy that I don’t have the typical Malay look but I do get annoyed when people call me Ah Moi or ask me straight up “Are you Chinese or Malay?”.

Like, why does it matter? Before I used to answer “Malay” but now I’m trying to consciously answer Malaysian instead.

There’s this incident from primary school that I remember till today. Someone told me that I will be called last during Judgement Day because I don’t have a Muslim name. Of course, I was scared then but now that I’m older, I realise that a name is just a name. It doesn’t define you as a good or bad person and there is definitely no such thing as a Muslim name. You can be named Rashid or Ali and still be a Christian.

I’ve heard of the 1Malaysia concept, but I think we don’t need to be told to be united. We’ve come such a long way that it should already be embedded in our hearts and minds that we are united. Unfortunately, you can still see racial discrimination and polarisation. There is still this ethno-centric view that the Malays are the dominant group and their rights must be protected, and non Malays are forever the outsiders.

For the concept to succeed, I think the government should stop with the race politics. It’s tiring, really. We grew up with application forms asking us to tick our race. We should stop painting a negative image of the other races, stop thinking about ‘us’ and ‘them’ and focus on ‘we’, ‘our’ and ‘Malaysians’.

No one should be made uncomfortable in their own home. A dear Chinese friend of mine said to me once, “I don’t feel patriotic because I am not made to feel like Malaysians in my home, and I don’t feel an affinity to China because I have never lived there.”

I know some baba Nyonya friends who can trace their lineage back hundreds of years. I’m a fourth generation Malaysian. If I am Bumiputra, why can’t they be, too? Clearly I have issues with the term.

I think the main reason why we still can’t achieve total unity is because of this ‘Malay rights’ concept. I’d rather ‘Malay rights’ be replaced by human rights. So unless we get rid of this Bumiputra status, or reform our views and policies on rights, we will never achieve unity.

For my merdeka wish, I’d like for Malaysians to have more voice, to be respected and heard. I wish that the government would uphold the true essence of parliamentary democracy. I wish for the people to no longer fear and discriminate against each other, to see that we are one and the same.

I wish that Malaysia would truly live up to the tourism spin of Malaysia truly Asia . Malaysians to lead – whatever their ethnic background. Only ONE NATIONALITY MALAYSIAN. No Malays, No Chinese, No Indians – ONLY MALAYSIANS.. Choose whatever religion one is comfortable with.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

************************************************************************************************************

P/s: Ah terlambat 10 minit nak post – dah terlepas 31st August. Nevermind. Shoot any comments if you have.

Malaysia, Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-53

August 31st, 2010

*Tiba-tiba mood nak menulis dalam bahasa ibunda mencanak-canak seperti keadaan senjata lelaki yang menegang di waktu pagi. LOL* laughing

Malaysia, selamat ulang tahun kemerdekaan ke-53. Sudah 53 tahun kau ya? Kalau diikutkan pada skala umur manusia di Malaysia ni, kau dah layak untuk tengok-tengok akaun EPF atau akaun pencen kau. Dua tahun lagi kau dah boleh berhenti kerja dan berehat di rumah goyang kaki atau menyusahkan kembali anak-anak kau untuk menjaga kau yang sudah mula kerepot.

Sudah banyak perkembangan kau aku lihat dalam usiaku yang masih muda dan masih tak layak untuk menjadi pewaris kau. Setakat jadi cucu tu bolehlah kot! Adakah aku gembira? Mungkin. Tapi lebihnya aku cuma rasa tiada perasaan. Indifference kata kaum yang menjajah tanah kau sebelum kau dilahirkan. Kenapa? Sebab rakyat kau semakin teruk jadinya walaupun pembangunan kau boleh tahan hebat.

Sifat perkauman semakin berleluasa. Perwatakan “holier than thou” makin menjadi-jadi. Salah sebut sedikit boleh dibawa berperang. Sampaikan perbuatan yang tak salah pun disalahkan. Tengok sahajalah kes masuk masjid. Minion-minion kau bina masjid cantik-cantik, tapi apabila orang lain nak masuk pun tak boleh, gila ke apa? Kemudian siapa yang disalahkan? Agama jugakk. Agama jugak yang diperkotak-katikkan di sana sini.

Penat kadang-kadang menengokkan mereka-mereka yang tak semenggah ni. Yang apek Cinenya nak kerek konon merekalah punca kekayaan kau, yang Meleis nak kerek kononnya akulah tuan punya tanah. Semua nak dipolitikkan. Agaknya diorang ni tak pernah tengok cerita P. Ramlee kot, yang Seniman Bujang Lapuk tu? Kau ingat tak adegan Singh sound  Bujang Lapuk tu?

You punya nasi you makan, dia punya nasi dia makan, apa salah kasi makan sama-sama?

Ini nak makan manusia sesama manusia; ish kanibal sungguh!

Entahlah, aku nak cakap pasal politik, aku sendiri pun tak pandai. Mengundi pun belum pernah lagi walaupun dah masuk tahun ketiga aku sepatutnya mengundi. Nak mengundi apanya, yang sini salahkan yang sana, yang sana salahkan yang sini. Buat pening kepala otak aku je mendengar mereka-mereka tu membebel. Aku undi diorang pun bukan aku dapat duit makan bulan-bulan. Panas je kena beratur panjang-panjang.

Aku tak nafikan hidup dalam Malaysia ni menarik. Cukup makan, cukup pakai, cukup dapat pergi sekolah sampai dah dapat kerja pun. Setakat cukuplah. Nak mintak lebih-lebih takut kufur nikmat. Tapi bila tiap-tiap hari aku baca suratkhabar ke, tengok dekat Internet ke, penuh je lah hate message sana sini.  Balik-balik bergaduh. Balik-balik buang anak. Balik-balik kes bunuh-bunuh. Sampaikan artis kahwin ke bercerai pun boleh jadi bukak hate group kat Facebook, kau tahu?

Padahal artis tu jugak yang sedap dapat bersenggama nanti. Apalahh minion-minion kau ni…

Ah, malaslah aku nak membebel panjang-panjang. Aku rasa kau pun tahu apa yang jadik dalam isi perut kau. Cuma kau tak tahu jelah kan nak buat camne? Aku pun tak tau nak buat camne. Aku pun cuma boleh berharap jelah yang minion-minion kau tu nanti duduk, ambil cermin, dan fikir sendiri apa yang diorang dah buat untuk memantapkan lagi kondisi kau yang macam hidup pun nyawa-nyawa ikan. Jangan diorang ambil cermin, fikir dan memantatkan kau balik sudahlah. Bagilah aku gembira baca akhbar-akhbar menunjukkan yang kau makin maju dan makin best untuk diduduki. Bukannya baca berita-berita yang menambahkan tekanan. Depress jadiknya camtu dowh! sad

Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke 53, Malaysia.

Picture credit to Google Image

P/s: So you called this, your free country; tell me why it costs so much to live? – Three Doors Down, Duck and Run