Aha! Hari ini kita dikejutkan dengan berita dari BBC mengatakan Ph.D Fazley Yaakob adalah satu sijil yang tak sah dan ianya satu penipuan! Sila baca di sini untuk berita penuh BBC.
Tapi bila korang baca berita tu lah kan, korang paham ke tak sebenarnya? Adakah University of Wales menidakkan kesahihan sijil Fazley Yaakob ni ataupun.. University of Wales sebenarnya menidakkan taraf sijil yang dikeluarkan oleh Fazley International College (FICO)?
Haa dua benda berbeza tu. ![]()
Aku yang reti baca English pun agak confuse dengan news tu. Maka sudah pastilah aku mencarik-carik penerangan yang lebih lanjut. Dan terjumpa setelah bertanya di Twitter dan di Facebook – ada link dari blogger Idlan Zakaria yang menerangkan lebih lanjut.
Kalau nak baca penerangan dia dalam bahasa omputeh boleh klik di sini.
Dan setelah meminta kebenaran, meh sini aku translatekan satu-satu point post dia supaya kita sama-sama boleh faham apa cerita sebenarnya yang dimuatkan dalam news tu. Aku tak translate semua lah, aku amek point-point fakta je ye? ![]()
In B4 kita letak gambar dia sepam! MUAHAHA ![]()
*****************************************************************
Siapa sebenarnya pihak University of Wales ni?
University of Wales (UoW) adalah badan akreditasi di mana semua universiti lain di Wales tertakluk dibawahnya. Dengan kata lain, UoW inilah yang mengiktiraf samada sijil degree/Masters/Ph.D yang dikeluarkan itu laku. Tetapi, dalam tahun kebelakangan ini Cardiff University, Aberyswyth University, Bangor University dan sebahagian universiti lain telah berpisah dari UoW dan mengeluarkan sendiri sijil mereka. Jadi sebagai salah satu strategi untuk kekal dalam perniagaan, UoW sekarang mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh institusi antarabangsa dengan cara persekutuan akademik (academic partnership) – mereka mengesahkan sijil yang dikeluarkan, tetapi tidak terbabit dengan cara penyampaian / pengajaran untuk mendapatkan sijil tersebut. [citation needed - aku tatau, aku translate je ni]
Kenapa PhD Fazley Yaakob menjadi isu?
Sebenarnya, saya pun tidak tahu. Fakta: Fazley tidak mengajar di FICO, dia cuma menguruskan institusi tersebut, maka dia tidak terlibat dengan modul akademik. Tenaga pengajar di kolej tersebut sebenarnya cukup kelulusan, maka PhD Fazley sebenarnya tidak relevan.
Tapi kalau dikira dari fakta lain: kebelakangan ini University of Wales mencuba dengan bersusah payah untuk menjustifikasikan kewujudan mereka apabila universiti terkenal sudah tidak mereka iktirafkan. Jadi?
Ini hanyalah teori: Mungkin mereka cuba untuk mengelakkan skandal dan orang yang tidak boleh dipercayai. Sebelum ini mereka pernah didedahkan yang mereka terlibat dengan institusi yang meragukan. Ada kemungkinan Masters dan PhD Fazley digunakan sebagai alasan untuk menjauhkan UoW dengan sebarang kaitan dengan Irish International University, yang mana ianya bukanlah universiti sebenar.
Adakah Masters dan PhD Fazley satu penipuan?
Biar saya menjawab dengan cara ini: Dia memperolehi kedua-dua kelayakan dari European Business School – Cambridge, yang mana telah didedahkan oleh BBC sebagai institusi “angkat” Irish International University, yang juga telah didedahkan menipu dan menjual sijil tidak diiktiraf. Fikirlah sendiri ![]()
Adakah saya percaya sijilnya adalah tidak sah?
Ya. Saya anggap sijilnya tidak sah dari segi pengakuan hasil dari proses yang sepatutnya berlaku, tapi tidak pernah terjadi. Maksudnya, jika anda belajar untuk mendapatkan sijil sarjana muda, maka sepatutnya anda menghabiskan tiga atau empat tahun untuk belajar. Jika anda belajar untuk mendapatkan PhD, sepatutnya anda menghasilkan thesis / laporan kajian selepas tiga tahun melakukan penyelidikan. Boleh faham?
Institusi saya dan juga institusi lain pasti diketawakan jika kami menggaji sesiapa dari institusi seperti Irish International University untuk menjadi ahli staff akademik. Persamaannya, sesiapa yang memohon untuk mendapatkan PhD dengan sijil Masters dari institusi yang meragukan seperti di atas juga akan ditolak mentah-mentah.
Jadi jika sijilnya tak sah, kenapa dia dibenarkan membuka kolej?
Ini adalah dua benda yang berlainan. Sijil yang tidak sah bermaksud ianya tidak bernilai dalam dunia akademik. Fazley bukanlah seorang ahli akademik, dia adalah seorang usahawan; ahli perniagaan. Dia tidak perlukan PhD untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan kolej.
Sesiapa pun boleh menjadi usahawan jika ada modal untuk membuka perniagaan. Apa yang dia perlu pastikan adalah tenaga pengajarnya mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dan sepengetahuan saya, mereka memang berkelayakan. Sekali lagi saya tekankan – kamu tidak perlukan ijazah untuk membuka kolej swasta, kamu cuma perlu menjadi usahawan yang bagus.
Maka konspirasi teori yang mengatakan adanya “penutupan” ataupun lesennya diluluskan secara “bawah meja“, itu mengarut! Jangan dipertikaikan kesahihan kolej beliau dari segi perniagaan; saya pasti ianya sah mengikut undang-undang.
Jadi apa isu sebenarnya?
Isu sebenarnya pada saya adalah kegagalan beliau untuk menerangkan bahawa PhD beliau didapati bukan dengan cara biasa. Dan dia dengan tidak malunya menggunakan imbuhan Doktor di hadapan nama beliau. Ramai orang menganggap beliau mempunyai PhD yang sah, dan menganggap beliau seorang ahli akademik. Dia membantah dan mengatakan dia sudah tidak menggunakan title ‘Dr’ apabila dia merasakan ada yang tidak kena dengan universiti tersebut — tetapi sehingga sekarang, masih tiada bukti untuk menerangkan yang beliau telah terpedaya (jika beliau betul-betul diperdayakanlah!).
Saya tidak percaya alasan itu. Orang tidak akan menyerahkan duit senang-senang kepada institusi lapuk tanpa mengetahui apa hasil yang diperolehi. Lagipun dia seorang usahawan. Takkanlah senang-senang membayar duit tanpa apa-apa ganjaran?
Itu cumalah pendapat saya dan bukan fakta.
Fazley dianggap sebagai idola oleh orang ramai, bukan kerana dia seorang bintang pop, tetapi beliau dilihat sebagai seorang anak muda yang berpelajaran dan usahawan yang banyak sumbernya. Dia dijulang sebagai pakar motivasi hasil dari pengalamannya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berjaya. Tetapi beliau tidak kekal berjaya, bukan, hasil dari kejadian ini?
Inilah isunya:
Pertama: Kejadian ini hanya membuktikan pada orang ramai bahawa jika ada duit, semua benda dalam dunia boleh dapat.
Kedua: Fazley memilih untuk berjaya dengan jalan mudah.
Fazley Yaakob adalah orang yang bijak. Dia mendapat 8A dalam SPM. Zaman itu 10A adalah amat jarang didengar, maka 8A adalah sangat membanggakan. Dia diberi biayaan pelajaran oleh Renong (satu anugerah hanya untuk orang terbaik) untuk belajar di New Zealand. Jika dia memperolehi sijil Sarjana dan Kedoktoran dengan cara yang sepatutnya, saya pasti teramat pasti yang dia memang boleh berjaya. Tapi???
Ini tidak ada kena mengena dengan kolej beliau. Ini adalah hal dia dan integriti dirinya sendiri. Apa gunanya jika dia “memotivasikan” pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh apabila dia sendiri mengambil jalan mudah?
Adakah wajar University of Wales memutuskan pertalian dengan kolej beliau?
Saya fikir ini adalah terlalu ekstrim. Pelajar kolejnya dididik oleh pakar yang bertauliah. Saya tidak pasti kenapa PhD dan Masters pemiliknya yang menjadi isu. Saya tahu je ada juga orang lain yang tidak bertauliah menjadi nama besar dalam cabang perniagaan dan politik? Tidak ada pun hal berbangkit?
Saya percaya tidak ada sesiapa yang cuba menjatuhkan Fazley. Dia yang kantoi sendiri. Saya tidak fikir ini adalah niat wartawan yang menulis cerita ini – mereka mengejar cerita University of Wales dan kaitannya dengan IIU yang terbongkar sekali.
Pada sesiapa yang mengatakan ‘ini usaha menjatuhkan usahawan Bumiputera’ – fikirkanlah: siapa tipu siapa sebenarnya? Siapa yang jatuhkan siapa? ‘Kaum lain sedang bertepuk tangan gelakkan kita’? Memang kena gelak, sebab kita kena tipu. Jangan marah orang yang marah sebab kena tipu. Marahlah orang yang cuba menipu.
Fikirkan tentang ini: Lebih sanggupkah anda melihat orang ramai terus ditipu demi menjaga ‘maruah bangsa’? ![]()
*****************************************************************
Laporan asal berbahasa Inggeris oleh Idlan Zakaria
P/s: “What is the first rule of long con? You can’t cheat an honest man” – Hustle, 2004.






