Pantun ‘Ganjil’ Bulan Puasa: #1 – #3

August 3rd, 2011 by [re-arrange] Leave a reply »

Dah 3 malam bulan Ramadhan berlalu; pejam celik pejam celik. Tah kenapa malam-malam bulan puasa je, mood sastera aku mcm melonjak-lonjak. Amek BB, taip-taip, nah!

Jadiklah pantun ‘ganjil’.

Ganjil sebab aku tulis-tulis jadik 5 rangkap; dah bukan pantun dah tu. Nak kata haiku ada line yang wording terlebih dari lima. Tapi bila kira word, eh nombor ganjil jugak? Ganjil betul! tongue

Hentamlah yek korang. Pantun ni setakat ni; datang idea tetiap malam Ramadhan tapi aku malas nak tulis blog tetiap ari. Plus aku tatau la idea ni leh cukup sampai 30 malam ke tak. Try je la ek?

Aku try post pada malam yang ganjil la, bleh?

Macam malam ni, malam ketiga — kira ganjil la tu eh? Haha! tongue

======================
#1:
Terduduk aku sebentar,
Bila pastinya sudah puasa besoknya.
Sayu; tersentak, tersedar,
Terasa hina penuh dosa durjana.
Bergetar hati sebut Fatihah; terawih terlaksana.

#2:
Gembira; puasa sempurna bila berbuka,
Perut penuh; kaki mula dilangkah.
Kenangan terimbau pada tahun sebelumnya,
Teringat yang mati, yang hidup, yang berdosa, yang mulia, yang bersalah.
Moga semua dirahmati, dikasihi, diampuni setiap apa yang lemah.

#3:
Tewas; pada nafsu yang membuak,
Perut kembang padat; mata melentok, badan termati.
Tersentak jaga; Tersedar dari mimpi tidak enak,
Terlepas terawih berjemaah; rasa rugi.
Dah kata; ikut hati, mati.
======================

Advertisement


Malaysia Web Hosting



5 comments

  1. ck says:

    wahhh….cayalah….boleh ganti CK_Rizzy buat projek ramadhan ni….kitorg plak yg blur bln2 pose ni..=_=

    • [re-arrange] says:

      Hahahaha! Tah korg mcm snyp je taon ni. Aku nk wat projek2 ramadhan ni tak berani janji wehh..kang takut sekerat jalan takde idea / rasa malas tros x wat macam book meme tu tongue

  2. ck says:

    tah rizzy kan tahun ni cam kurang hyper..tu yg slow tu..thn lps dia yg cabar….tu yg aku sahut tu…tahun ni ada plan gak tapi di awang-awangan lagi..takut xleh nak wat la nanti…nak wat poem nnti sama cam tahun lps…jgn kata org baca bosan..yg tulis ni pun bosan..hehe…smlm ada la conteng2 sikit lukis tah apa2…x post sbb blur lagi…xtau nak buat caption apa tongue

  3. Aimi says:

    wah adik. sejak bila ko? hahaha bagus2. mane tahu pasni ade sorang wakil itisjan03 jd sasterawan negara! hihi

    • [re-arrange] says:

      Hahahaha. Saje2 suke2 weh tongue Wakil itisjan03 jd sasterawan negara = bullah dowh..bullah dh terbit novel siap.

Leave a Reply