Archive for August, 2011

Pantun ‘Ganjil’ Bulan Puasa: #1 – #3

August 3rd, 2011

Dah 3 malam bulan Ramadhan berlalu; pejam celik pejam celik. Tah kenapa malam-malam bulan puasa je, mood sastera aku mcm melonjak-lonjak. Amek BB, taip-taip, nah!

Jadiklah pantun ‘ganjil’.

Ganjil sebab aku tulis-tulis jadik 5 rangkap; dah bukan pantun dah tu. Nak kata haiku ada line yang wording terlebih dari lima. Tapi bila kira word, eh nombor ganjil jugak? Ganjil betul! tongue

Hentamlah yek korang. Pantun ni setakat ni; datang idea tetiap malam Ramadhan tapi aku malas nak tulis blog tetiap ari. Plus aku tatau la idea ni leh cukup sampai 30 malam ke tak. Try je la ek?

Aku try post pada malam yang ganjil la, bleh?

Macam malam ni, malam ketiga — kira ganjil la tu eh? Haha! tongue

======================
#1:
Terduduk aku sebentar,
Bila pastinya sudah puasa besoknya.
Sayu; tersentak, tersedar,
Terasa hina penuh dosa durjana.
Bergetar hati sebut Fatihah; terawih terlaksana.

#2:
Gembira; puasa sempurna bila berbuka,
Perut penuh; kaki mula dilangkah.
Kenangan terimbau pada tahun sebelumnya,
Teringat yang mati, yang hidup, yang berdosa, yang mulia, yang bersalah.
Moga semua dirahmati, dikasihi, diampuni setiap apa yang lemah.

#3:
Tewas; pada nafsu yang membuak,
Perut kembang padat; mata melentok, badan termati.
Tersentak jaga; Tersedar dari mimpi tidak enak,
Terlepas terawih berjemaah; rasa rugi.
Dah kata; ikut hati, mati.
======================