This post is going to be in Malay. If you want to read it in English, please go directly to the original source where I get it from: StewardJohn – Malay Priest from Singapore? Totally Fake!
Note: This post is in sticky mode for this week. For more updated post, scroll down or check the sidebar for the last 12 posts. Update 4 Sept: Sticky mode removed.
Ahah, tiba-tiba pagi ini dapat tahu kisah sebenar pasal Paderi Melayu yang telah diwar-warkan dengan hebat dan jayanya di Facebook. Bukan setakat di Facebook, blogger pun ramai yang post. Aku siap dapat emel yang diforward lagi. Maka sudah pastilah kena menulis dalam bahasa Melayu pasal kalau tak nanti ada je orang-orang Melayu yang tak faham kalau aku guna bahasa penjajah dengan jayanya. Miahaha! ![]()
Nah, ini adalah gambar yang telah digembar-gemburkan sebagai “Paderi Melayu” yang sampai di Singapura, konon-kononnya sedang giat berusaha untuk memurtadkan Melayu di Singapura dan Malaysia. Terus semua Meleis tanpa berfikir panjang menekan butang “Share” di Facebook. Ada yang tekan butang “Like” tak? ![]()
Kebenaran sebenarnya (the truth is.. OMG it sounds so different when translated), ini adalah gambar dua paderi dari Sabah dan Indonesia yang berbangsa Cina dan Kadazan. BUKAN MELAYU.
Quote dari sumber asal berita ini adalah:
“The 2 priests in the picture is Rev. Fr. Paulus Toni Tantiono OFM Capuchin from Pontianak, Kalimantan and currently teaching Bible Study in Seminari Tinggi Permatang Siantar Sumatera Utara, Indonesia and the other priest standing at his back is Rev. Fr. Nicholas Stephen from Penampang, Sabah and currently serving at St. John’s parish Tuaran, Sabah. Fr. Paulus is a Chinese descendent while Fr. Nicholas Stephen is a Kadazan descendant.“
Hah! Mana datang Melayu nya? Nama pun dah sah-sah bukan Melayu. Mana datang Razman Zakri tu? Korang ni memanglah. Tengok orang tu hensem-hensem Melayu sikit (macam..err..oklah macam Munir. Aku tak hensem comel je muahaha!
) pakai jubah paderi, terus korang Melayukan ek? Itu memang Cina dan Kadazan lor! Ho liau!
Aku bukanlah nak cakap yang aku ni menyokong paderi memurtadkan Islam ke hape, tapi sebelum percaya bulat-bulat benda dari Internet ni, lain kali research dulu! Selidik betul-betul! Ini tak. Suka-suki korang je buat fitnah sana sini. Niat nak menambah pahala konon-kononnya di bulan puasa, turns out jadi dosa je korang. Paling-paling kurang jadi dosa menipu.
Kita selalu marah bila dengar rakyat US yang menyamakan orang-orang Muslim sebagai pengganas atau terrorist. Agak – agak korang apa yang orang Kadazan atau orang Cina tu rasa bila mereka di”melayu”kan sebegini rupa? Dahlah tiba-tiba jadi Melayu, lepas tu digambarkan sebagai seorang pendakwah yang menggunakan sihir pulak tu? Fuhh siap diequip dengan Holy Water (+10 defense, +10 attack power) tuuu!!!
Memang nice combination laa untuk menakutkan orang Melayu ni: paderi + air Holy Water + gambar + cruel intention to destroy our creed. How dense and how stupid can we be to believe Internet rumours? WTF? *sigh*
Konklusinya, bukan sebab paderi atau holy water yang menyebabkan seseorang Melayu boleh murtad. Kekurangan iman dan ilmulah yang membuatkan sesiapa pun boleh terpesong dari landasan sebenar. Percaya bulat-bulat, silap-silap beri fakta yang salah, boleh membawa kepada peperangan dan berbunuhan. Hah, bila dah berbunuhan tu, nak salahkan siapa? Bulan Ramadhan bukan ke syaitan dah kena ikat?
P/s: Jerry, just remember; it’s not a lie if you believe it – George Costanza, Seinfield (1990).






aih. terasa i sebab share mem-blind piglet . HAHA
thanks adek for the info
haha. takpe syud, take it as a lesson. you’re welcome
Saya mmg tak percaya bila tgk gmba ni dr awal lg. Sy duk tilik la muka dorg nk tgk tang mana la muka melayu dia, sbb yg sorg tu muka mcm filipino (ramai org filipina di sabah juga kan?) pun ada – been friends wif a lot of sabahan so mcm dpt nmpak la ada beza.
dan psl holy water tu, sy penah ikuti kelas interactive da’wah training (fasa 1) anjuran Perkim Ampang dan salah sorg penceramahnya adalah bekas penganut agama Kristian, beliau cakap holy water is just plain water, can do you no harm at all. jd mengapa takut?
mmg btl, kita kekurangan iman dan ilmu yg buat kita terpesong, dan mudah terpedaya.
kalau kita takut dgn holy water, org kristian pun agak2 takut dgn air yassin kot?
holy water priest bacakan blessing. air yassin tok imam bacakan yassin. ahah.
Kenapa aku? salah kah aku untuk comel?
hoi salah! aku cakap ko hensem dan aku yg comel. miahahaha!
hohoho sib baik ai tak forward, sbb memang x berapa percaya kesahihannya pun…
hehe bagus2
Sekarang sudah tak selamat kalu amik sikap ‘tengok dan percaya’ sbb kita hidup dalam zaman fitnah suda..sekarang kita kena ‘tengok-fikir-tanya-fikir semula nk caya ke tak’
betul tu
benda2 kegiatan mengkristiankan orang islam ni dah tersebar lama dah. aku rasa dari zaman aku duduk uni lagi. macam2 cerita keluar, tak tahu hujung pangkal betul ke tak. dulu2 aku pun percaya jugak tapi dengan ilmu yang kita carik, insyaAllah kita tahu.
magnitud penyebaran fitnah yang duk main forward2 kat facebook tu, fikirkanlah betapa besarnya dosa yang kita dah buat. makanya, siasat dulu sebelum sebarkan apa2, dosa besar ibarat membunuh tu.
air kudus (holy water) tu cumalah air yang dibacakan ayat oleh paderi sama je macam air yassin orang islam. takde nye derang guna janin baby utk buat air kudus tu, kalau tak sah2 busuk gile kot.
tapi kelakar siot ramai yang masih tak usul periksa apa yang mereka sebarkan. dapat je terus sebarkan tanpa terfikir akibatnya.
haha. siap ada tu guna janin baby, amek air kat laut merah, jordan, peram janin baby dengan darah gadis suci (virgin) bagai lah.
itu memang terbaekkk aa bau dia tu. pehh
tolong betulkan kenyataan anda…air holy water tu tak sama dengan air Yaasin..
haaa ada ustazah nak kata air tu buat dari janin baby la tu? sudahhh lahhh ustazah oiii… dah laa guna xxx macam nama lucah.
Air pada dasarnya sama je mana2. Yg sana baca ayat dia yg sini baca ayat dia. APA YG TAK SAMA?
mmg laa ayat yg dibacakan tak sama. kalau tak takde laa nama dia ada satu air yasin satu air holy.. HADOIIII
masa derang share-share tu, aku tgk je. sbb:
1. chindian pun nmpk mcm melayu. serani pun nmpk mcm melayu what
2. islam bukan eksklusif utk melayu
3. cite pasal holy water ni buat aku tergelak kot. samalah macam huda. masa pegi kelas comparative religion tu, mmg ada paderi yang masuk muslim sendiri cakap ‘i drink it by gallons’, alhamdulillah. islam juga die.
kite ni kadang-kadang, tak tahu lps tu tak mahu ambil tahu. nampak, dapat terus tekan share.
dan time kaseh la tolong tulis bende ni. yg ini, aku nak share di facebook!
hehehehe. sile2 share. sebbek takde yg butthurt baca mende ni.
aku lah org yg tak tahu tu trus share..hoho..aku krg ilmu jd slhkah aku..(amik tindakan share dulu baru cari kebenaran)
skang aku dah tahu..maka aku pun share tuk tebus slh aku..adakah tertebus slhku?(menutup kesalahan setelah tahu yg benar)
aku mengaku aku slh..
hoi sentap ke ape paktam? hahahaha
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu share pula ye ehehehe.
salah tertebus atau tidak tu, yg atas punya kuasa. aku tak tau. harap apa salah yg telah diketahui, tidak diulang.
http://batursajalur.blogspot.com/2008/02/dr.html
RAZMAN ZAKRI yang mengaku berpelajaran itu hanya
mengundang malu dan menunjukkan warna sebenar siapa … dirinya dan akal agamanya… cetek. mudah di kenali istillah bahasanya.
Sistem hierarchy Gereja Katolik sangat sistematik di seluruh dunia. Pemalsuan dan fitnah seperti ini mudah di kesan.
Para melayu yang beragama islam… ramai yg bersekolah di sekolah mission. ramai yg jadi pemimpin malaysia.
Milikilah buku:
Catholic Directory and Ordo of Malaysia-Singapore-Brunei. Rujuklah siapa paderi2 itu. buku ini boleh didapati di bookshop katolik dan belilah satu untuk anda.
Nama2 paderi sentiasa berada dalam catholic directory setiap tahun.
http://www.catholic-hierarchy.org/country/my.html
Saya bru jer dpt email nie..2 3 kali gak lah belek.nak percaya mcm x percaya.nsb bek teringat nk tanye pak cik Google dan terus msuk lman web ni…Terima kasih akan trus ku send ke recycle bin.Thanks A Lot…
welcome. good effort to check.
sebagai bangsa melayu dan islam, saya merasa malu dengan perbuatan pembohongan ini. Saya merayu kepada blogger yg seagama dengan saya bahawa perbuatan bohong dan fitnah itu memperlihatkan siapa agamanya. Kini dipandang hina. Saya menyerulah kepada sahabat yg mengotori blog mereka dengan pemalsuan ini supaya ditutup!
mungkin ada sestengah pihak luar yg mahu rakyat malaysia berbalah sesama sendiri.terima kasih kerana memberikan penjelasan kepada sahabat yang beragama islam.
Kita ini di Nusantara, baik dari Filipina ke Indonesia , Malaysia dan lain negara sampai ke Pulauan Pacific pun.. Semua pun kalau trace balik adalah bangsa yang sama.
Masalah nya ORANG ISLAM MALAYSIA ini, suka percaya bulat2 tanpa asal usul.. ini ada kena mengena dengan sejarah ketuan.. Sedih, tapi itu lah yang berlaku sekarang… Bila lah orang2 ISLAM Malaysia nak berubah tak tahu lah…
Tp kes ‘holy water’ mmg betul2 wujud, ada saudara-mara kenalan family ak pnh kne.. Effectnya dy sndr dpt selalu nmpk simbol salib kat sekeliling, org & makhluk lain pun dy nmpk simbol salib kat muka org tu.. Sbnrnya byk kes betul2 jadi tp ‘disenyapkan’, lg sakit hati kalau tahu sbnrnya betapa ramai org Melayu (smmgnya Islam ikut perlembagaan) y murtad.. Tiap tahun semakin meningkat bilangan daripada y sebelumnya tp pun ‘disenyapkan’ gak, nk tmbh sakit hati lg kalau tahu y ‘menutup’ tu pun melibatkan org Melayu berkedudukan.. Sape org tu tah la, kesahihan fakta cari sendiri la kalau dpt.. Sememangnya SUSAH kot nk cari, Na’uzubillah..
ade ke aku post pasal kes holy water kat sini? paham ke tidak post aku yg ni pasal apa?
and cuba ko research sket holy water tu air apa? adakah air berkuasa utk bagi ko murtad? ko lagi takut air dari tuhan ke?
HAIH LAH MELAYU NIH.
BODOH.
i’m kadazan..1st time study kt melaka…duk asrama.. soalan 1st i dpt “awak melayu ke kristian?” i tkesima skjap.. n then i jwp “dua2 pun bukan”. from here i know why those blogger stil wujud…
oh ! now i undrstand. tengs 4 sharing buddy. keep it up. 4 sure rmai g kt lua sne yg xtau kebenaran yg sebenar.
Paling suke part “Fuhh siap diequip dengan Holy Water (+10 defense, +10 attack power) tuuu!!!”
Dh mcm dalam game. Mesti ada experience dalam gaming.
Nice article. Kipidap!
mmg main game pun.
huhuhu..sy ta berapa peduli sgt..bole pk laa..
takan sorang yg betol2 islam nak jd paderi
pelik sgoh laa..tada keja kot..
as salam…
perlu ke re-errange mengeluarkn statement
* haih melayu nih*
BODOH. ……
jgn ckp ikut suka jew……klu nak terang kn ttg paderi ni…terang jela…perlu ke pggl owg BODOH
apsal? terasa? kalau butthurt sila pergi mati. Kalau bodoh tu mmg bodoh jugaklah.
either benar atau palsu cerita ini, still ianya BAGUS utk org islam, kerana org islam akan lebih berhati2 terhadap penyebaran agama kristian yg nyata2 skang ni sedang aktif hendak mengeluarkan Bible dlm Malay da sebagainya.
dan sekiranya ia nya fitnah ke atas org kadaza tersebu, kenapa org itu tidak ke depan membetulkan keadaan?
pasal korg yg melayu je yg dok forward2 email spam macam ni. Org tu tah2 tak tau pun. Tah2 gambar pun kene photoshopped.
PARANOID sangat dengan org kristian. Lain kali belajar dulu apa, kenapa, dan bagaimana kristian tu disebarkan.
Berhati2 mmg perlu, tapi tak bermaksud korg kena alienate makhluk2 lain macam korg aje yg holier than thou!
huhuhu… mula2 sy baca sal ni pun, sy hampir nak percaya tp xdelah sampai nak share story 2 kat laman2 sosial. then, ada org yg bg tahu citer yg sebenar (terbaca dlm fb kwn sy yg non muslim). sy bersyukur sgt sbb x share citer 2 pas sy baca. kalau x, tentu sy dh tergolong dlm org2 yg buat fitnah. tp, skrg ni citer ni dah disharekan balik oleh kwn2 fb sy yg muslim. x tahu cam mana nak explain citer yg sebenar kat diorang. nnt x pasal2 sy kena tuduh bela org non muslim. (dah lah my special pun non muslim). mmg kita patut jaga akidah, tp jgn sampai berfikiran sempit sehingga citer2 cam ni disebarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu. itu cuma pandangan dari sy. sy pun bukanlah arif sgt, tp xnaklah org muslim dipandang rendah oleh org2 non muslim gara2 menyebarkan citer tanpa diselidiki terlebih dahulu. nnt bertambah2 lah org non muslim ni takut nak pelajari ttg Islam, takut org muslim ni dilabel sbg org yg suka berprasangka buruk.
Good. Biarkan aje org yg dok share balik tuh. Padan la post aku yang ni naik balik popularity yg.
Allah SWT Maha mengetahui
Comment will no longer be available since this issue has been old. ITS A FREAKING YEAR AGO and you still wanted to comment and flame on this? The fire has already died!