Aku gelak gila babi bila baca blog post orang semua RAGEE kat iklan TV3, kunun-kununnya ianya kelihatan seperti iklan Christmas maka ianya mempunyai unsur-unsur Kristianisasi, jadik TV3 adalah dalang kepada Illuminati yang cuba merosakkan akidah orang Islam di Malaysia? Haduii paling tak tahan baca post yang ini ![]()
Maka haruslah entry kali ini dalam bahasa Melayu lagi sekali pasal ini concern dengan orang Melayu sendiri yang freaked-out.
Aku boleh terima lagi kalau orang kata iklan itu mengelirukan dan tidak menggambarkan perayaan Aidilfitri. Itu betul, perayaan Aidilfitri tiada beca terbang yang dibawa oleh orang tua beruban dengan songkok putih. Tapi sampai to the point of Christianization and Illumination? Itu namanya analisis dari mata bukan dari akal. Boleh mengelirukan kanak-kanak? Kenapa tidak orang tua atau ibubapa menerangkan kepada kanak-kanak yang bertanya? Atau kau orang yang dah tua sendiri tak faham dan tak dapat terangkan?
Orang tak faham sejarah, tak faham fakta, maka jadi takut sehingga hendak menuduh bukan-bukan? Betullah seperti apa yang Magneto pernah cakap dalam movie X-Men:
Are you a God-fearing man, Senator? That is such a strange phrase. I’ve always thought of God as a teacher; a bringer of light, wisdom, and understanding. You see, I think what you really fear is me. Me and my kind. The Brotherhood of Mutants. Oh, it’s not so surprising really. Mankind has always feared what it doesn’t understand.
Haduih, meh kita diskas tentang fakta-fakta dan kemudian korang boleh deduce sendiri, orait?
Fakta 1: Sambutan Aidilfitri
Aidilfitri adalah sambutan menandakan tamatnya bulan Ramadhan, dan diharamkan berpuasa pada 1 Syawal. `Aid pada bahasa Arabnya bermaksud perayaan, dan Al-fitri bermaksud semulajadi atau fitrah (the pure, or purification in English). Maka, secara fitrahnya ia adalah perayaan menyambut berjayanya umat Islam dalam berpuasa selama sebulan. Jadi camne nak sambut tu?
- Berlawa-lawa dan berwangi-wangian
- Sembahyang Sunat Aidilfitri
- Bertakbir
Itu sunnah Nabi dan apa yang Islam ajar. Lain-lain seperti memohon maaf itu adalah budaya atau culture (Islam tak pernah melimitkan meminta maaf hanya pada Hari Raya, malah kalau dah buat salah SEPATUTNYA cepat-cepat meminta maaf atau taubat). Sama jugak macam baju Raya, berlawa-lawa itu sunat tapi tak semestinya kena membeli baju baru sampai 4-5 pasang kan? Ataupun masak ketupat atau rendang, itu pun culture.
Tak caye pergi baca Wiki kat sini. Tengok macam mana diorang categorizekan culture based on geography? Tak semestinya kita kat sini masak ketupat bagai, kat Australia kena buat mende sama jugakkan? Itu budaya namanya. Yang Islam ajar dan sunatkan, itu tiga yang dah dilist.
Fakta 2: Santa Claus and the Flying Reindeer
Santa Claus bukanlah orang yang betul-betul wujud dalam sejarah Kristian pun. Sebenarnya, origin cerita Santa Claus ni adalah inspirasi dari Saint Nicholas of Myra, paderi Kristian dari Byzantine (Turkey) yang bagi hadiah pada orang miskin. In particular, cerita dia ni jadik famous pasal dia bagi “dowry” (mas kahwin, so maybe dia kahwin la kot) pada 3 anak orang Kristian yang alim untuk mengelakkan diorang dari jadik pelacur.
Dicampurkan pulak pada pengaruh paganism Germanic Norse, dikatakan watak Santa Claus tu wujud dari watak Odin, one of their Gods previously. Haa sape-sape yang pernah main game Final Fantasy mesti pernah dengar nama Odin kan? Gi baca Wiki tu pasal Odin pulak.
In other words, watak Santa Claus ni sebenarnya a secular representation of Christianity. Bukan ada sebut pasal Kristian langsung-langsung pun. Kristian sendiri pun korup dengan watak Santa Claus ni (dear Kristian readers, do add in more about Santa Claus). For more info, pergi baca Wiki pasal Santa Claus pulak.
Fakta 3: The Illuminati
Illuminati ni sendiri tak ada cerita yang betul-betul sahih. Dah banyak fakta-fakta yang bercampur sampaikan the name Illuminati ni ditakuti sangat-sangat kunun-kununnya ianya adalah Black Metal, Satanic organization or whatnot. It all actually starts very innocently as a group of enlightened people. Orang-orang Illuminati ni sebenarnya orang-orang genius zaman-zaman Renaissance tau tak? Orang yang duk sibuk konspirasi teori ni je yang jadikan Illuminati ni kunun-kunun “a power behind the throne” yang control satu dunia. Poodah!
Illuminati tu sendiri maksudnya menerangkan (enlightenment). Ia sebenarnya golongan yang mencari ilmu pada zaman-zaman Renaissance. Yang mengkorupkan Illuminati tu semua adalah pengkonspirasi-pengkonspirasi theorist yang mengatakan Illuminati adalah tok dalang (mastermind) untuk New World Order.
I always have a skepticisim towards those mastermind. Sebab? Tak pernah ada bukti konkrit. Semua yang ada either coincidental proves, or proves after some tweaking (e.g suara Obama yang mengatakan sembah Syaitan; tapi speech itu mestilah dimainkan secara reverse). It’s not concrete.
Konklusi:
Jadi, selain daripada iklan TV3 itu mengelirukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar Hari Raya (secara culturally), di mana yang sebenarnya ada penyebab-penyebab yang boleh memurtadkan umat Islam untuk menganut agama Kristian? Tang mana yang meng”kristianisasi”kan? Hanya kerana adanya beca yang seakan-akan Santa Claus? Ada salibkah? Ada preaching tentang Trinitykah?
Adakah ini kerana sensitiviti kaum, atau umat Islam Marishia sendiri yang terlalu “sensitif” kerana tidak faham tentang perkara sebenarnya? ![]()
Oh wait, korang sebenarnya nak compare memenangkan iklan Petronas je kan sebenarnya? Hek eleh! ![]()
P/s: What we seek we shall find; what we flees from, flees from us – Ralph Waldo Emerson





derang tu tak penah tgk ET kot…ada ET dlm beca pakcik tu
mungkin gaklah.
Odin!
Anyways, aku agree ngn ko doh. mase aku google2 and terjumpe artikel tersebut, terbeliak bijik mate aku haa. I think we all agree that it is mengelirukan, tapi yg tulis tu dasat ah. Aku rase crew2 die pon tekejut beruk ade sume mende tu dlm iklan derg. haha. Aku rasa kalo die analyse lagi skali iklan tu, die bole nampak yang Gundam adelah sebenarnye hasil teragung Iluminati.
OMFG u made me laugh
sampaikan Gundam hasil teragung tu aku tak bley blah dowh! hahahaha
Amboi, sungguh hebat mereka menginterpretasi iklan tersebut! Sungguh tak tercapai akalku sampai ke Illuminati bagai. Hebak hebak~~ huhu..
hehehe. boleh nyanyi lagu elyana tak tercapai akalku. whee~~
adeh. i weep hysterically again. i dunno which one that I should do whether I should shut up or speak up.
ah..i just shut up. malas nak explain. orang yang tak faham takkan faham.
am i getting older and mellower than before?
nahhh.. ur just getting tired just like me. not older and mellower. i wub when i read about this as well.
yg sy tak faham, kenapa org kita, melayu lah terutama sekali taksub sgt smpi snggup susah payah wat kajian and takut sgt ngan pengaruh iluminati semua bagai… bukan ke yg terutama patut kita wat kajian lebih2 adalah tafsir al-Quran atau pun hadis2 dan takut ngn balasan akhirat?.. sy tak sampai gelaklah, sengih2 je lah baca hasil analisis yg ntah apa-apa, sbb ada rasa nk nangis gak ngn pemikiran org skang..
mereka takut dgn yahudi dan nak perang, tp apekan daya senapang takde
perang je lah cara begini nampak lebih cool di internet. haha
byk sgt tgk video clip lady gaga itu la sebabnye..
Terima Kasih
Hope kite boleh tambah lagi golongan yang berpikir and kurangkan golongan yand emotional.
Owh, ade betul jugak.
Tapi kenapa iklan ni kene ban?
Unsur ape yg menyebabkab iklan ni kene ban??
ini lah pertanyaan yang menyebabkan ramai terjebak dalam propaganda tu. Propaganda atau kalau betul pun, ia akan menjadi penyakit dalam mental.
Tak perlu la nak mencari siapa musuh kita, sbb kita da sedia diberitahu da pun siapa musuh kita dalam
Al-Quran. Dan akan muncul juga penyelamat.
Bagi aku ade hikmahnye.. Dari satu iklan, timbul beribu perbincangan, perbincangan ni jugak satu hikmah. bukan hanya tertumpu pada hasil iklan je.
Baca link dibawah, agar kita kembali pada corak pemikiran yang betul , insyaAllah:
http://leokid.wordpress.com/2010/01/20/mengembalikan-kefahaman-mengenai-dajjal-kepada-alquran-dan-sunnah/