Hari ni mood sedikit lonely. Tak serabut, tenang. Tapi sunyi. Kalau nak quote kekasih aku, kosong. Kata dialah. Bagi aku, hening hening pening pening kot. HAHA ![]()
Lebih setahun yang lalu, aku tak pernah berfikir apa yang aku nak. Duit, cukup. Bebas, macam burung. Risau? Tak terpacul langsung. Rambut pun gonjeng gonjeng lagi – panjang mengurai siap melentik macam bontot itik.
Keluar sana-sini, betina tah mana mana. Apa aku peduli pasal cinta. Si tua tu pun dah buang aku. Pendendam? Mungkin juga. Tapi lebih pada tak kisah, atau tak mahu ambil kisah. Bukankah kalau masa gembira, kita selalu tak ingat dunia?
Sampailah pada tepat setahun ini. Tarikh ini. 29/09/09.
Sekali lagi aku kalah pada cinta.
Dan dengan malu dan tersipu-sipu (lebih kepada gelak-gelak kaver malu sebenarnya), aku mengucapkan “I love you”. Kepada dia. Dan kisah kami bermula.
Terlalu banyak kalau hendak diceritakan di sini. Dan tak semuanya indah-indah belaka. Ada yang huduh buruk macam kera. Kadang-kadang aku teremo-emo. Tertinggi suara. Terpanik serba tak kena. Carut-carutan pun terkeluar juga sekali sekala.
Kadang-kadang dia marah-marah. Kadang-kadang dia rasa terabai. Kadang-kadang dia merajuk. Kadang-kadang dia menengking-nengking juga.
Adatlah… *orang kata*
Yang manisnya, kadang-kadang dia manja. Aku pun suka memanjakan dia. Habis semua ayat-ayat manis keluar dari jiwa. Bukan calang-calang, aku rasa lalang pun boleh layu.
*Kadang-kadang dia tak percaya juga. Dasar lelaki katanya. Tapi suaranya jelas.. masa itu dia bahagia*
Dan tanpa aku sedar aku berubah…
Rambutku dipotong pendek. Kerjaku berubah. Kurang sudah bercerita di malam hari. Dalam diam aku jadi lebih bersabar. Kurang marah. Tapi aku jadi terlalu serius.
*Dan dia terasa jauh.. sakit hatinya melihatkan aku tidak lagi cukup masa untuk dirinya*
Dan hari ini pun dia merajuk lagi.. ![]()
Banyak yang sudah berubah. “Emak” yang aku sayang pun dah meninggal. Aku pun dah jarang keluar-keluar sana sini. Betina-betina mana-mana tu semua pun entah ke mana. Dalam diam aku menyimpan duit sedikit-sedikit.
Aku tak kata aku terus berubah menjadi malaikat. Banyak lagi salah silap aku sana sini. Habis jugak jari mengira salah aku buat pada dia. Sampai meluat dia dengar kata maaf aku.
*Ah banyak pulak aku mengarut tah apa apa*
Tapi mengenangkan apa hidup aku setahun lalu, dibandingkan dengan hari ini…
Dengan bangganya aku katakan aku amat berterima kasih dapat mengenali dia.
Dan dengan bangganya aku katakan… satu satunya yang masih tidak berubah selama setahun ini…
Adalah hatiku masih lagi miliknya – milik Cik Nurashikin.
.
.
.
.
.
.
Selamat ulang tahun yang pertama sayang. Dan tahniah.
Kerana kau telah berjaya buatkan aku gila. Gilakan kau.
.
.
.
I love you baby. Truly.
P/s: Take the pain of protecting your name, from the crutch to the cain, to the high wire.













